Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Monday, October 12, 2009

LaMa X uPDaTe...

Dah agak2 sebulan xupdate blogku ini...almaklum la raya kan sebulan...heheheh...tiap2 minggu pun ader open house...rumah pun x sempat nk kemas mana...dah asyik berjalan jerrr...tahun ni beraya kt Ipoh dulu..balik Jumaat malam..jemmm giler..siap ader geng motor baru nk start race kt highway arah KL..huh mentang2 la xde kete..buat race track plak..4 jam baru sampai Ipoh..bertolak lepas bukak pose kt Concorde Inn KLIA..pukul 2 pagi baru sampai Ipoh..lepas smyg raya baru balik ke kampung umah Tok kt Parit Buntar..and umah sedara2 kt sana...raya ke-2 pun ke Parit Buntar lagi sbb ader tahlil...lepas mkn tgh hari baru bertolak ke rumah mak su ayin kt kangar...since balik dr jepun blum pernah gi jalan umah dia...pas tu gi umah member kt Jitra...lepas smyg asar raya ke-3 bertolak balik ke KL...tido 1 mlm kt umah than bertolak ke Dungun pulak...lepak sana sampai hari Sabtu...raya kali ni saje perjalanan lebih 2000km...nasib baik anak2 ok..xde yg down ke aper...raya yg penat tapi best... ;)...minggu depan pun masih ader a few open house nk kena pegi...rumah sedara2 kt KL ni...lom sempat beraya pun lagi...hari tu masa balik kampung pun x sempat nak jumpa...tp tu la..sebu perut musim raya ni..asyik makan dan makan jerrrr.... ;D

Nk share something yg ayin baca hari ni...dari UTUSAN MALAYSIA ayin terbaca satu artikel menarik...

WAHAI lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!

Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak. - nuranilelaki@yahoo.com

terfikir jap...kalau lelaki menjadi sihat bersama perempuan camtik...adakah perempuan juga akan bertambah sihat sekiranya bersama dengan lelaki hensem??...atau adakah lelaki akan kurang sihat sekiranya bersama perempuan yang kurang cantik...tapi ye la kan cantik itu satu benda yg subjektif...cantik di mata kita x semestinya cantik di mata org kannn...kalaulah kite akan bertambah sihat sekiranya bersama dengan orang yg cantik dan hensem di mata kita alangkah bagusnyer...mesti kurang orang2 yang stress di luar sana...what do u guys think???

2 comments:

Anonymous said...

artikel yg menarik bg kaum lelaki :-p mari kite menganggap kite cantik dimata para suami..sbb tu dia kawin dgn kite ..makin sihat je nampaknya hahahaha :-p

Eera NurSyahirah said...

urm akhirnya saya jumpa jugak artikel nie...da lame si dia suh cari n baru sekarang saya jumpa...hehe...